Misheyahhhh Loves Bleh Bleh Bleh
FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM ABOUT ME TUTORIAL & FREEBIES FOLLOW DASHBOARD


MC111 Interview.
Tuesday, May 15, 2018 | 7:51 AM | 1 blehblehbleh
Fuhh aku baru ada masa nak update pasal interview aku selepas seminggu berlalu haha. Maaflah aku terlalu busy nak on blogspot. Busy apa? Busy gaming weh hahaha. Baik untuk pengetahuan korang, MC111 Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan ni merupakan satu course under Masscomm yang baru sahaja ditubuhkan pada 2013(masa aku tingkatan satu tu haha).

Baiklah ini adalah infomation yang aku dapat daripada blogger-blogger lain. YES, aku berminat dengan course ni sebab kawan aku cakap course ni ialah course gaming.. Interesting right? Kene lah dengan aku yang jenis suka gaming kan? Haha.

Okay, course ni korang akan belajar pasal
1. Gaming/Animation
2. Webcontent/Multimedia
3. Business

Menarik kan?

Okay untuk go course ni, korang semua kene interview dulu.  Ada 2 session interview. Essay dan talking session. Antara soalan essay dia adalah :

1. What is mass communication?
2. Why you applied this course?
3. How can you contribute to this course?

Okay gais cheerio. Search je kat internet, hafal dan apply dalam kertas okay?




Baiklah nak share sedikit apa aku study hahaha. Masa ni aku ada study sikit pasal pilihan raya. Yess interviewer akan tanya. Tapi aku dengan member interview aku selamat tak ditanya, sebab kami berceloteh dengan interviewer tu. Jadi kalau kamu nak selamat tak ditanya apa dia isu semasa, berceloteh okay?


Dia ni haa. Haha nama Syuhana. Tapi interviewer tu tertypo nama aku jadi Syuhriyyah. Nama kami nak sama, banyak cakap pun sama lah kot hahahaha. Ada ramai lagi member interview aku tapi ni je sempat bergambar. Ada shymilia, Aidil(panggil Dil) dengan Danial(panggil Neil) hahaha from left to right, Dil, shymilia, Niel, aku then Syuhana. Aku paling suka diorang ni sebab happening. Meja kami bkami berlima riuh. Aku dengan dil macam slow sikit then senyum2 je sebab yang lagi 3 tu mulut petah memasing. Dah lah kami dapat meja paling depan, semua orang tengok kami bercakap hahahaha. Rindu weh sumpah rindu.

Amat menyedihkan lah sebab diorang semua MC110, aku je MC111. Hm nanti tak sama macam diorang. Course aku dalam 6 orang je amik so krik2 lah aku hahaha.

Okay tu je aku nak share buat masa ni. So kalau ada pape pertanyaan pasal interview, leh tanya lah. Kalau pasal sem tu. Aku lom boleh jawab sebab masih menunggu keputusan upu 21 May ni. Doakan aku dapat!
Takdir Allah itu hebat.
Friday, April 27, 2018 | 6:07 AM | 0 blehblehbleh
Assalamualaikum and haluu!

Wow dah berhabuk dah blog aku ni tahun 2016 (topik aiskrim cumi baru sahaja publish tapi dah tulis lama ahaha). Well, aku busy dengan SPM. Hell yeah SPM now dah 2018 and that's mean I'm free hell yeah.

Okay apa kene dengan topik aku tu? Hehe aku nak kongsi satu cerita.
Cerita dimana aku sangat derita menjadi seorang student di sekolah menengah.

Dari aku kecik, aku nak jadi doktor, aku suka sains dan matematik. Aku ni membanting la tulang since form 1 semata-mata nak achieve jadi seorang doktor pakar persis kata orang putih "Work hard till you say 'Scalpels please..' "

Tapi nak buat macam mana? Bukan rezeki aku..

Naik form 3 masa 2015, aku lagi la nak work hard, study smart. Macam-macam dugaan, tukar cikgu lah, cikgu bersalin lah. Aku banyak self taught sendiri. Akhirnya PT3, aku tertipu ngan paper sains. Banyak KBAT, and cikgu aku tak pernah nak guide or bagitahu pasal KBAT. Aku dengan classmate akhirnya kelaut.

Masuk form 4, aku dah barai. Sebab aku tak tahu nak pergi mana. Aku buntu. Aku nak jadi apa? Doktor? Aku memang dah tak lepaskan sebab sains aku C. Akhirnya, aku ditakdirkan masuk ke kelas akaun. SUBJECT AKU PALING BENCI UOLS hahaha.

Aku sebenarnya nak masuk kelas ICT, sebab aku minat ICT plus aku adalah orang-orang yang mahir tentang ICT sebab aku dah self taught tentang computer sejak kecil. Aku baru darjah 5, aku dah tahu nak guna photoshop, microsoft word excel, nak guna GIMP dan sebagainya.

So aku pun macam, ah nak masuk ICT tapi slek, kelas ICT tak ada addmath. Aku nak amik addmath sebab aku rasa addmath itu adalah 'rezeki' untuk masa depan aku. Addmath itu adalah ibarat kunci aku nak kemana sahaja. Matrik? Yes of course darling.

Aku fikir macam tu dan akhirnya aku terjerumus dengan subjek akaun.

1st masuk kelas akaun, aku dapat cikgu yang mulut laser, memang dari dulu aku aim taknak belajar dengan cikgu ni weh tapi macam yang aku cakap, takdir Allah weh. Aku belajar gak ngan dia.

Dia ajar aku, aku punyalah kepala batu, tak masok-masok, dia terangkan, aku masih bela sampai dia ajar mesti kene bagi contoh. Semata-mata untuk aku hahaha kesian dia. Tapi aku cakap dengan diri aku sendiri.

'Eyah kau memang tak boleh macam ni babe"

Serious aku cakap, aku antara orang yang paling struggle amik akaun. Addmath aku leh senyum, tapi akaun ni memang aku depress gila doh. Periksa kali pertama dan kedua, aku fail. Tapi periksa seterusnya aku dah start baiki markah aku dan jadi yang terbaik dalam kelas tapi masih under budak-budak cina yang pro akaun.

Buat pulak kerja kursus. Allahu akhbar makin barai weh aku. Dah la ada yang salah print, kami start kerja kursus lambat, nak kene hantar cepat, banyak salah lepastu nak kene pergi kedai untuk binding lagi, dengan duit poket pun macam hidup segan mati tak mahu. Adoi, barai do aku. Jadi, untuk form 4, akaun aku hanya cukup makan.

Masuk je form 5, aku berubah. Penyebabnya adalah ANIME wakakaka. Aku start jadi otaku masa form 4. Aku tengok citer romantic-comedy.

Pembakar semangat aku untuk belajar ialah Misaki Ayuzawa(Kaichow Wa Maid Sama) dan juga Shizuku Mizutani(My Little Monster). Mereka berdua adalah character yang hebat dan suka belajar. Mereka ni suka buat nota. Jadi aku pun buatlah nota.

Satu buku kecik, aku copy semua subjek elektif form 4, then apa tips cikgu bagi aku akan catat dekat situ. Aku akan bawak buku tu kemana-mana, even untuk pergi rehat. Aku akan bukak dan selak, Baca? ikut mood hahaha.

Naik form 5, Aku beli buku nota baru yang besar sikit. Buku nota tu semua aku subjek aku sumbat. Aku periksa hanya berbekalkan ilmu di dalam buku nota itu sahaja, Alhamdulillah. Aku survive tapi untuk ini hanya untuk hafal-hafal. Kalau subjek yang memerlukan banyak latihan seperti math, addmath dengan akaun. Silalah buat latihan ya. Akaun tu kau kene hafal, kene buat latihan, OnxOn? Ahahaha.

Walaubagaimanapun, kerja kursus akaun masa form 5, aku masih terumbang-ambing lagi. Masa tu aku decide, nak drop akaun. Tapi cikgu aku pujuk lagi jangan. Sebab dia kata aku boleh bawak. 2 orang cikgu aku pujuk jangan. Aku cakap kat kawan-kawan aku, aku nak drop akaun tapi mereka bantah dan kata 'kau boleh score akaun eyah..'

Pujukkan guru dan rakan-rakan aku adalah satu kekuatan aku. Kata-kata mereka merupakan satu tongkat yang memangku aku untuk tidak jatuh. Akhirnya, aku go dengan akaun.

Akhirnya cikgu akaun aku hantar aku ke cikgu akaun yang lebih pakar, jadi setiap kelas tambahan aku akan masuk kelas cikgu akaun yang pakar tu, and guess what, aku nak menangis. Sebab apa? Sebab cikgu tu garang nak mampuih. Kalau dak kelas sebelah tu even pass akaun dia. dia punya jerit allahu sampai kelas aku dengar, sampai aku pun tercegat dengar.

Oh aku tak citer lagi, cikgu akaun aku tu, akhirnya aku suka dia. Aku jadi sayang dekat dia, ya dia memang mulut laser, tapi aku anggap dia macam mak aku, aku suka bila dia cakap lembut-lembut dengan aku, senyum dekat aku. Dia masih bersabar ajar aku, Dia tolong aku bagi duit saat mak aku masuk ICU. Budak kelas aku memang tak akan pernah dapat B melainkkan budak cina. Sampailah satu tahap sayangnya aku dekat cikgu akaun aku ni, aku cakap dekat diri aku sendiri, 'aku nak bagi A untuk cikgu aku'.

Masuk kelas cikgu garang tu, aku tak pernah skip buat kerja dia bagi yang menimbun macam gunung tu. Tapi cikgu tu, dia dengan aku tak garang. Dia jadi lembut hati. Aku pun tak tahu mungkin aku ni ada kuasa nak buat cikgu-cikgu garang jadi lembut ngan aku kot hahaha. Lepastu kelas cikgu garang tu balik pukul 4-5 uolls, kalau hujan, astaga lagi lama kelas dia. Dah la aku ni kaki tidur dalam kelas.

Walaupun cikgu tu garang, aku tetap nak ws dia tanya jalan penyelesaian, aku tetap buat muka taik aku bukak telegram tanya penyelesaian dekat telegram akaun 1 malaysia. Alhamdulillah, ada orang nak bantu, lepastu aku masuk sekolah. Aku pula bantu kawan sekadar untuk excersize otak aku sendiri.

Akaun ni cikgu garang tu kata topik dia bangun, tidur, bangun tidur.
Contohlaa kan, kalau tahun 2014 keluar penyata penyesuaian bank, tahun 2015 5 keluar belanjawan, tahun 2016 dia akan keluar penyata penyesuaian bank balik tapi kalini tahun 2017 dia keluar penyata penyesuaian bank.

Aku gelabah, aku memang tak pas penyesuaian bank. Aku tak suka haha. Sebab kami batch last akaun ni sebelum tukar silibus maka SPM kami pun berhuhuhu lah. Last-last, aku paling lambat siap jawab paper akaun masa SPM, mengigil-gigil aku jawab, keluar dewan je aku lesu, temenung. Sampai member aku tepuk bahu tanya 'weh eyah, kau okay tak? Jangan la fikir-fikir, fikir next paper la, akaun kau okay tu' kata mereka. Tapi dalam hati aku? BERKECAI SERIBU HATIKU~ bukan patah dah, Berkecai terus. Sumpah dedo, kalau orang tanya akaun senang ke tak? Sumpah aku kata SUSAH HAHAHAHA. Kalau orang tanya akaun dengan addmath mana senang? AKU AKAN JAWAB AKAUN HAHAHA.

Bila dapat result, yang lain aku tak tengok, aku tengok akaun. Alhamdulillah, aku nangis, akaun aku A bhahahhaa. Aku lari dekat cikgu-cikgu akaun aku lepastu peluk cakap terima kasih salam semua ah. Pastu aku balik, cikgu lain tak tengok lak en hahaha. Cikgu yang ajar aku akaun since form 4 tu, terharu do dia. Aku punya janji dengan diri aku dah terbalas. Nah A untuk cikgu yang sentiasa support aku.

Walaupun akaun susah, tapi aku addmath aku D hahaha sebab aku lacks of experience buat latihan KBAT. Ini kira deja vu masa form 3 tu ah. Tapi aku tak kisah, lulus dah cukup untuk tiket aku masok matrik.

Ramai junior aku tanya, akak, macam mana leh dapat A?
Kalau aku nak citer dari A-Z memang seharian lah kan?
Aku diam je, sebab peritnya aku belajar tu hanya aku dan Allah je tahu.

Jadi, kalau awak semua rasa dipaksa atau terpaksa ambil sesuatu yang awak tak rela. Please, cuba cari jalan untuk succeed. Janganlah awak terus give up dan mati separuh jalan. Allah dah tetapkan masa depan awak, cuma awaklah yang penentu sama ada awak akan berjaya ataupun tidak.

Dulu pun aku selalu tanya 'nape aku amik akaun? aku benci akaun!' lebih teruk aku cursing akaun ni. Tapi aku tak berhenti cuba, usaha dan doa.

Seksa macam mana pun awak, sedih dan perit macam mana pun awak, memang akan ada rezeki untuk orang yang teraniaya. Memang Allah akan balas setiap titik peluh awak. Memang Allah akan balas setiap kesedihan dan keperitan awak dengan seribu kegembiraan yang tidak terkata nikmatnya.

Tahun SPM aku memang perit, sebab masa tu lah mak aku sakit masuk ICU sebab kencing manis teruk. Aku terseliuh 3 kali dalam setahun sebab pergi trip. Paling teruk masa pergi trip sejarah sebab tisu kaki koyak lepastu full recover nanti bulan 3 tahun 2018, kau rasa? Seksa tau sebab nak kene pakai ankel guard, nak makan pill kalau tersilap rest kaki. Nanti bangun kaki kau bisa macam simpul biawak tapi padahal tak pun. Nak jalan, classmate kau semua tinggal tapi ada sorang dua yang teman kau jalan slow-slow.

Memang susah, sebab kau ketua kelab, permainan dan unifom. Kelab majalah jangan cerita lah. Aku lah amik gambar, aku lah train budak, aku lah yang atur semua page majalah. Tapi sebab sir aku kesian dekat aku, dia tolong haha aku just dapat nama as Editor ja sebab aku setia dengan kelab majalah since aku form 1.

Tu tak tambah lagi krisis kau dengan budak kelas yang ada je la tak suka kau, yang ada je la mengutuk kau, yang ada je la yang pandang serong dan cuba untuk jatuhkan kau sampaikan satu tahap kau rasa depress gila babi lepastu rasa nak bunuh diri. Masa ni, aku bersyukur do, sebab aku tak rapat dengan budak kelas aku dan aku rapat dengan budak kelas belakang.

Merekalah penghibur hati aku. Mereka lah yang banyak bagi nasihat mental. Merekalah segalanya bagi aku. Aku takkan lupa mereka sampailah aku mati. Bermula dengan yang paling rapat dengan aku. Anis, Elia, Effa, Hazim, Danial, Hanizam dan juga Syafiq. Tapi ada dua orang daripada ahli kami yang sudah menghadap Allah pada bulan yang sama. Firstly pada 23 Mac 2017(tahun spm) telah perginya Allahyarham Aiman Ashraf manakala pada 28 Mac 2018 pula telah perginya rakan yang aku selalu gadoh sebab dia selalu rembat nasi goreng member aku selalu iaitu Allahyarham Muhammad Solehin.

Merekalah diantara 9 orang sahabat dunia dan akhirat.

Pressure dekat rumah pula jangan cerita, aku nak study je anak sedara aku main pensil. Nanti tahu-tahu kalkulator aku kene curi.

Kalau aku nak cerita, memang tak habis. Tapi itulah antara cabaran yang aku hadapi dalam senior year aku. Semakin kau meningkat tua, semakin banyak cabaran kau dapat. Hadap, telan dan hadam lah walaupun susah nak mati. Seperti yang tajuk ni, takdir Allah itu hebat.

Oleh kerana aku tahan keperitan dan derita tersebut. Alhamdulillah, ada je rezeki masuk.

Esok aku akan bergerak ke UITM Pasir Gudang untuk interview MC111 Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan yang baru sahaja ditubuhkan pada 2013.

Aku suka course tu, sebab course gaming, web content, multimedia, animation dan business..
Aku suka gaming, aku seorang otaku yang suka multimedia, aku memang minat  ICT, aku dah belajar segala atok nenek photoshop dan aku amik akaun.
Takdir Allah kan?

Aku dapat matrik dalam bidang akaun tapi aku tolak.

Sebab aku rasa course yang aku nak tu dah terbaik untuk aku.

Walaupun mak aku bantah. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku taknak amik matrik sebab kakak aku cakap 'kalau yah tak boleh buat, jangan amik.'.. Sebab kakak aku tu dah tengok aku struggle amik akaun dulu hahaha dia lah yang aku kejut semata2 nak pergi binding.

Semoga pilihan aku ini adalah pilihan yang terbaik untuk diri aku dan masa depan aku.
Semoga aku akan setabah diri aku yang dulu untuk terima segala cabaran pada masa akan datang.
Apa jua keputusan, aku akan hadap sebab aku percaya takdir allah itu hebat.

Bye-bye uolls sampai disini sahaja~
Aiskrim Sumi
Friday, March 16, 2018 | 11:40 PM | 0 blehblehbleh
Hai Gaissss!
Macam mana harini? Sihat? Alhamdulillah kalau sihat. Well pagi rabu yang indah.. Hari ni rakyat Johor cuti abebebebe sebab Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor pada 23 Mac 2016. Daulat tuanku!

Ok cakap pasal cuti lah kan. Aku cuti semalam, sebab batuk selesema. Plus cikgu suruh aku(sekelas) buat pembetulan prinsip akaun 5 kali. And dia suruh hantar 'esok' bersamaan dengan semalam. Kau rasa?

Aku buat kerja tu sampai pukul 3 pagi. Then berhasrat untuk ke sekolah untuk hantar homework tu. Punya syok tidor aku terlajak sampai pukul 10. Hah gasak!

Disebabkan aku bosan lepas bangun tidor tu. Tekak aku ni rasa macam nak mencekik aiskrim doplo sen(time zaman tok kadok). Ah senang citer keesokkannya aku terus pi giant untuk buat aiskrim sumi sumi sekarang yang tengah viral tu ek eleee.

Actually dia macam cocktail. Ok apa rasa kalau cocktail dibekukan then makan macam aiskrim? Hah tu la rasa dia. Ok jom kita buat aiskrim sumi.

Bahan-Bahan 
1) Satu tin susu pekat
2) Satu tin susu cair
3) 4 tin air biasa
4) Dua cubit garam.
5) Sumi - potong 4
6) Nata De Coco(Kalau nak)
7) Buah-buahan dalam tin

Bahan lain 
1) Plastik aiskrim
2) Corong air

Cara-caranya
1) Panaskan bahan 1-4 sehingga mendidih, kemudian sejukkan.
2) Masukkan siap2 bahan 5-7 kedalam plastik aiskrim. Jangan isi banyak2 takut tak cukup pula nanti.
3) kemudian tuangkan air cocktail ke dalam plastik aiskrim(saya guna corong air, senang. Tapi kalau nak guna jug ada muncung tu pun boleh)
4) Ikat plastik aiskrim. Isi air tu jangan sampai penuh sebab nanti susah nak ikat.
5) Sejukkan selama 5 jam ataupun semalaman.
6) kita makan!

Nampak senang je kan? Yess memang senang. Sedap pun sedap maaa. Jadi if nak buat aiskrim choki atau oreo. Bahan 1-4 masih sama cuma bezanya tambah oreo atau choki. Itu sahaja. Huhu selamat mencuba lah iyaa ^^
I'm free!!
Friday, March 18, 2016 | 2:21 AM | 0 blehblehbleh
Hahaha!
Gedmorning peeeeeps!
It's 01:11 AM and im still working on my blogging.
Well sebenarnya rindu nak membebel.
Especially membebel pasal benda baru. You know what? HAHA
Now im breaking up with him. Ah entahla aku malas nak fikir
Aku fikir nak belajar je sekarang ni. OK pandang ke hadapan and jangan fikir pasal dia dah!
Ahaa. Ye lah. Its my cintah monyet punya story.
Ohh who cares right?

Cerita dia macam ni, bila aku tak boleh nak ngedate dengan dia berdua. Dia jadi angin then pendam then aku dipulaukan then break. Hah faham? Hahaha monyet kan?
Yess. Sangat-sangat monyet,
Adik-adik kat luar sana termasuk diri aku sendiri ni. Tak payahlaa nak fikir bercinta. Tak payahlaa nak sibuk-sibuk ikut orang dok bercinta daripada sekolah.
Bukan apa ahaaa. Jujur aku pun impressive tengok cikgu aku dua orang bercinta daripada zaman persekolahan tapi cuma, it complicated you know.

Yaa, zaman kau sekolah ni. Enjoylah.
Enjoy sepuas hati and tolong jangan kenal erti peritnya cinta.
Because once you tahu bertapa sakitnya rasa dia.
You akan start benci orang,
terutamannya,
LELAKI(Bagi perempuan)

Ya..
Aku memang benci lelaki sangat sesangat sekarang ni.
Especially, sweet talkers.

If you are with me, then you will understand.

Sweet talkers ni memang paling bahaya lah dalam dunia ni.
Ni lelaki species yang suka menguasai hati wanita ecewah.
But it's true

Tolong la, tolong la jangan bagi hati tu sesuka hati dekat lelaki.
Kita bagi dia hati kita cantik je bentuk tu. Tapi dia pulangkan, pergh berpuzzle hati kita.

Life isn't a game.
Kalau dalam game kau boleh sambungkan puzzle tu dalam masa 2 minit. Tapi ni case lain.
Ni mau amik masa 2 tahun. Eh nope, mungkin berpuluh-puluh tahun.

Aku ada sorang kawan di Abu Dhabi.
Hahaha lantak korang lah nak percaya ke tak tapi trust me. He just a friend.
Aku kenal dia dah bertahun masa aku main game IMVU. Online chatting game. Pastu mintak facebook then friend gitu.
Dia sangat baik and yeah of course dia orang ISLAM. And dia lelaki.
Memang la aku cakap aku benci lelaki tapi tak semua aku benci. Aku just benci lelaki yang baru aku jumpa lepas peristiwa ni berlaku. FAHAM?

Okeyy sambung cerita. HAHA(sengal)
Dia pernah cakap.
"Guys these days are careless about women"
"If you wanna a good life and a successful career follow what you what to be."
"Please listen to your heart and don't look about others :)"
"Care about yourself"
"Why do you have to care about him anyways if he wasn't worth it to you?"
"Just focus on study then find when finish everything."
"If don't wanna have a miserable life then focus what you need first then love is the last thing you think of."

Lepastu aku cakap.
"I'll try"
Then dia kata lagi.
"My mom always says to me. 'Don't try. Do it' "
"It means, stop trying. Just do it." 
Then aku cakap
"Even it harm yourself?"
Lepastu dia reply,
"Yes! Because harm thing doesn't stay with you forever. Right?"
"It will fade later."
"Just keep Allah in your heart. His the only one can give you peace."
"Nothing is impossible when it comes to Allah, Because he is the Almighty"
Amacam? Power tak advise dia? Hahaha!
Even mak aku pun cakap advise dia power. Apa ntah lagi korang.

Entah aku rasa macam hidup ni tak berbaloi kalau nak menangis sebab lelaki even aku pun pernah nangis sebab sayang and terpaksa tinggalkan haha. Menangis untuk lelaki yang tak pernah hargai kau, kau rasa? Come on. Hidup kita sebagai pelajar masih panjang.

Tapi at least aku terharu jugak lah.
Sebab masa aku sakit hati tu, demam, tak de mood tu.
Semua orang macam care pasal aku.
Especially bestfriend kau.
Sebenarnya bestfriend ni lah paling susah nak tunjuk yang dia tu sayang kita kan?
Kita jatuh pun dia gelak pastu baru tolong haha.

Yes both my bestfriend till jannah.
Athirah and Anis.
Sentiasa sokong aku.

Athirah dia sokong aku dari segi bash si stupid tu and dia tolong comfort aku. Peluk aku. Tenang kan aku masa aku teresak-esak. Yes she is. Best juga peluk dia sebab badan dia besar macam bear. Bila peluk dia tu terasa macam dia tenang kan kau gila-gila. Macam-macam la pengorbanan dia even masa form 2 tu dia pernah gadoh besar dengan aku sebab masa tu dia salah pilih kawan. And aku pulak gaduh dengan kawan dia tu then dia pun ikut sekali nak bash aku. Tapi  at the end. Dia menangis mintak maaf dekat aku time nak PT3 tu. Dia kata dia menyesal sebab salah pilih kawan. She say that she's really miss me, a lot. Nak-nak lagi masa SKKP. Yes aku pun rindu dia. Kitaorang kawan since darjah 3. And guess what she's the best girl-bestfriend. Alhamdulillah. Now dia sekolah SMK Mutiara Rini. Jauh and susah nak jumpa. Hahaha. Susah nak terima untuk berjauhan dengan dia tapi terpaksa right. Terima je lah Qada dan Qadar Allah.

Anis pulak. Dia banyak bagi aku sokongan dari segi mental. Dia tak boleh nak jumpa aku sebab takde transportation. Tapi dia ni laa banyak sangat bagi aku nasihat. Selama 3 tahun berkawan. Dia tak pernah tengok aku nangis, and bila aku nangis.. Dia terkejut terkedu yes semua ada. Yeee selama ni aku memang banyak masalah boyfriend tapi ni, lain citer. Kenapa sebab dia sorang je aku leh nangis macam orang gila? Hahahahaha macam tak guna jee. Anis pernah cakap dekat aku.
"Sekarang ni kau dah jatuh tau, try bangun sendiri dan buktikan yang kau tu kuat. Boleh handle sendiri"
That's the best advise aku pernah dengar(dari mulut Anis) And dia pernah bagitahu Athirah suruh tengok kan aku sebab Athirah ada dekat sebelah aku. Dia kata
"Tolong jagakan dia. Tolong happykan dia. Aku takot dia taknak makan. Aku taknak dia sakit." 
Terharu gila lah aku cakap. Hmm tapi aku dengar cerita Anis sekarang mungkin akan berpindah ke Langkawi sebab masalah family. Sekarang ni, tahun ni, 2016. Aku baru mengenali erti apa itu perpisahan. Aku baru rasa apa itu perpisahan. Nak citer pasal 5 orang bestie aku. 3 orang dah pindah dan seorang lagi bakal berpindah dan apa yang tinggal bestfriend yang tak beberapa rapat.

Kau rasa??

Tapi..
Apa yang paling best..
Bila kau sendiri dapat sokongan daripada mak kau.
Yes mak aku dalam lingkungan 50-an tu boleh fahami diri aku.
Dia cakap.
"Yah tak boleh tunjuk yang yah lemah. Banyak benda yang yah akan harungi. Perjalanan hidup yah masih panjang. Buktikan yang yah tu kuat tanpa dia" 
Hah. Kau ada?? Hahaha, Alhamdulillah. Mak aku faham aku time ni. Jarang kau nak dapat nasihat power pasal cinta monyet daripada mak kau tau! hah.

Cakap pasal lelaki pulak kan ahah. Yes aku pun dapat nasihat daripada lelaki. TAPI!
Haaaa dia ni tak lengkap lelaki. Kau faham kan? Yes dia lelaki tapi ada sikit dalam diri dia macam perempuan. And serious aku cakap, aku selesa sangat berkawan dengan dia walaupun kadang-kadang mulut dia macam jubo ayam. Dia pernah cakap dekat si stupid tu.
"Stop layan dia macam seorang banduan/haiwan liar!"
Ahah. Yes ayat dia memang pedas untuk dinikmati. Siapalah tak kenal Dhani right.

Ada juga kawan-kawan aku yang bagi aku advise.
Syazwana, Fifi, Nadzirah, and Noviya.

Noviya pernah cakap dengan aku,
"Kalau kau kata nak move on, kau memang takkan move on. So berhenti cakap kau nak move on and nanti kau akan move on dengan sendirinya" 
Perit untuk buat tapi percayalah. Bila kau buat. Kau dapat lupakan dia dengan senang. HAHAHA. Ni hari kelima aku break dengan dia and guess what? Aku dah lupa pasal dia hahahaha. Just nama tu ingat la. Tapi everything about him, his personalities, specialities. Aku dah lupa. Kawan aku soh describe about your last ex boyfriend pun aku dah lupa hahaha hebat kan?

Yes. Dengan sokongan mental Syahriyyah Lama. Kini Syahriyyah Baru dapat mengawal perasaan nya sendiri. Well..

Ini cara nak mematang kan diri kan?

Apa yang mematang kan kau adalah dari segi kau kawal hati dan perasaan kau dalam menyelesaikan masalah. Alhamdulillah aku berjaya.

Dari segi beberapa sokongan yang aku dapat. Terutamanya sokongan daripada yang satu. Kini aku boleh senyum kembali. Just jangan lupa yang satu okay. Siapa? Yes dia lah. Allah, yang sentiasa dengar masalah kita, yang sentiasa dengar esakkan kita. Jangan sesekali lupakan dia.

Just tak nak fikir lain dah.

What goes around, comes around.

Kifarah itu adil.

Senyum dan jangan berputus asa.
Lah Tahzan.
Cookies for him
Friday, February 5, 2016 | 12:00 AM | 0 blehblehbleh
Assalamualaikum and Hi semua! :))
Well harini nak tot tet tot tet lagi boleh tak? Huhu maklumlah nak masuk bulan right. Hehe Eyah semestinya tunggu 5 haribulan. Tarikh ni istimewa sikit sebab tarikh 'kiteorang' berkawan. So I haved prepared something special for him. Hehe!

Disebabkan Eyah ni suka makan dan memasak, so Eyah prefer makananlah haaa.
Dulu time raya kakak selalu buat biskut ni. Resipi daripada Mama Nor daripada Singapura. Disebabkan semua orang yang datang rumah suka biskut ni termasuk Eyah jugak, Eyah pun buatlah biskut ni haaa.

Tapi dekat sini Eyah nak share sikit resipi Biskut Choco Chip ni. You're gonna love it. And peminat makan kacang luar sana pun mesti suka!

Okayy let's start yawww!

Bahan-bahan

  1. Self raising flour
  2. 1 1/2 buttercup
  3. 160g gula halus/gula perang
  4. 2 sudu bicarbonate soda
  5. Satu sudu esen vanilla
  6. Choclate chip
  7. Badam
  8. Walnuts (Ikut suka)
  9. Almond (Ikut suka)
  10. Chocolate bar (Kalau suka coklate lebih)
  11. Coklat bar m&n






Tapi kalau korang suka kekacang. Tambahlah lagi kekacang yang korang suka tu. Lagi sedap kan? 

Kekacang dan chocolate bar tu make sure korang chops dulu okayy! Macam dalam gambar bawah ni!




Ok sebenarnya dalam gambar ni Eyah campur bahan basah dulu (Tepung, butter, esen dan sebagainya) dulu, Tapi kalau nak lagi senang, korang mix bahan kering dulu (tepung, kekacang, chips, chocolate bar, bircabonate, gula) dan diikuti dengan butter dan esen vanilla.

 Cara-cara

  1.  Chop-chop kan kekacang. Kalau nak ada rasa kacang tu, chop beso sikit. Tapi I suggest walnut tu chop besar sikit nanti rasa rangup!
  2. Chop chocolate bar juga!
  3. Campurkan raising flour, gula halus/gula perang, serbuk bircabonate dan segala kekacang dan chocolate bar yang telah di chop tadi. 

 
       4. Party gaul-gaul sampai semua rata!

       5. Masukkan butter dan seterusnya esen vanilla.

       6. Gaul sampai jadi satu doh!


       7. Sementara nak bentuk dia jadi cookies tu. Panaskan oven dalam keadaan suhu 120°c 
       8. Bentukkan cookies. Nak kecik ke besar ke. Lepastu letakkan m&n atas dia.





    9. Masukkan dalam oven dan bakar selama sejam. Kalau Eyah bakar 30 minit Eyah tukar loyang tu atas pi bawah. Bawah pi atas.


OKEYY LEPASTU SIAP!!
Boleh makan ataupun jadi makanan ringan masa dekat office.
Sebenarnya kan, rasa cookies ni macam cookies subway tau! And cookies ni memang untuk diet punya.Kalau tak percaya test lah. Marilah kita berhuhuhu. Enjoy resipi coklat chip/chocolate chip dengan gambar sekali ni hehehe.

Haha lepas dah bagi je dia cookies tu. Tetibe dia saje jerr bagi fon dekat mak dia masa OTP. Tetiba mak dia ungkit pasal biskut tu sedap hahaha *bangga,riak* haa gurau.

OKAYY CHEERIOSSS GAISSSSSS!
Traffic Light Alaf 21 Dalam Kelas!
Sunday, January 31, 2016 | 2:26 AM | 0 blehblehbleh
Hi guysss!!
Sejak 2014 kita dah amalkan ALAF 21 right.
Haaa salah satu paling famous dalam Alat 21 ni adalahhhhhhh... cer teka apa huhu
YESS! TRAFFIC LIGHT! BINGO!
Well siapa tahu? Merah untuk apa? Kuning untuk Apa? Hijau untuk apa? Em Em Merah untuk berhenti, kuning untuk sedia pecut.. EH!! itu jalan raya lah ahahaha. Kuning is for sedia berhenti lah macha. Haaaa

MERAH - TAK FAHAM
KUNING - KURANG FAHAM
HIJAU - FAHAM
OK CUN?
Okeyy ni bahan-bahan nak buat traffic light.
1. Kertas warna(merah, kuning, hijau)
2. Printer
3. Mesin laminator
4. Gunting
5. Silver Book Ring/Batang aiskrim
6. Paper Punch(Kalau guna silver book ring)
7. Sellotape(kalau guna lidi sate)
8. Double sided tape(Kalau guna batang aiskrim)

Okeyy first step
Cari template dekat google. Terserah la nak bentuk apa. Cupcake ke, Smiley ke, ataupun paling simple bentuk bulat. Empat segi ke kan. Ikot kreativiti masing-masing ok! Kalau nak smiley macam saya punya. Boleh check link template tu okay!

Second step :
Paste kan dekat microsoft word. Adjust saiz. Nak besar ke kecil ke, terpulang.

Third Step :
Print! And gunting ikut bentuk dia. Jeng jeng almost siap hehe!

Fourth Step :
Piece yang kita gunting tu, Masukkan dalam kertas laminator. Then keraskan dia. Lepastu dah siap, gunting lagi. Nak gunting tu, make sure apa gap. Nanti tak terbukak. And nampak kemas, Banyak kerja kan? Hm sabar jelah. Tapi sebenarnya memang kene laminator pun. Helloo kita nak bagi murid kot pakai. Kalau takat laminator je pun, paling-2 kemik. Kalau tak lamitor. Sah koyak hahaha.

Fifth Step :
Kalau guna Silver Book Ring:
Ok dah siap? Ok then amik paper puncher. Punch dekat tempat yang rasa betul. And tak menganggu smiley kita! Lepastu masukkan Smiley kita tadi dalam silver book ring. Kalau taknak silver book ring pon. Yang tempat bulat keychain tu pon boleh juga sebenanya,

Kalau guna batang aiskrim:
Ok guna double sided tape lah apa lagi en. Kalau batang aiskrim make sure yang tebal macam magnum tu tau. Jangan lak pakai batang aiskrim cendol, durian, kacang merah tu. Takot tak tahan lama hehe. Maklumlah kami murid-2 ni bukan reti menghargai kan. Tapi aku menghargai. Hm.

Kalau guna lidi sate:
Ok kalau guna lidi sate. Sellotape bahagian depan dia je. Tapi ingat kalau bagi murid pakai. Jangan tanya kenapa ranap lepastu.

OK lepastu siap! Boleh guna dekat kelas. Actually bagi awak-awak yang di luar sana tak ada banyak wang kan. Saya syorkan pakai lah apa yang awak mampu. Well kalau guna harta sendiri. Kita pandai jaga right. Tapi kalau cikgu-cikgu kat luar sana. Yang nak buatkan untuk anak murid sorang satu. Sila lah pakai ring tu. Sebab seriously. Murid-murid ni dia jenis tak tahu menghargai. TAK SEMUA yang menghargai pemberian orang lain kan? Ok kalau just nak buat pakai dalam kelas je. Pakai lidi tu pun takpa. Tapi ugut balik anak murid. Sapa rosakkan kene bayar haha. Ataupun paling senang citer kan pakai ribbon! Cikgu PA saya buat. Haha. Well ni semua guna kreativiti kita kan. Ok jap, Aku tahu korang mesti tak tahu benda alah 'silver' kebenda tu semua kan? Ok jap nak share gambar huhu.


Saya guna single paper puncher je. Tapi bukan saya punya. Cikgu Supeyah punya hehe pinjam. Nak beli boleh harga dia RM4.10 beli dekat AEON. Haa tengok tag harga lah hehe.



Okay yang ni kakak saya belikan dekat popular. Harga dia RM3.30. Saiz dia 19mm. Ada total ada 12 pieces dalam dia.


So ini lah hasil dia haha. Simple jer. Eyah malas nak buat cecantik. Nak buat simple je. Sebab eyah sorang je buat untuk dak kelas. Tak mengeluh cuma. Cikgu nak dalam masa terdekat. Memang tak arr nak buat cecantik sebab dalam keadaan rushing enn. Haha thank you kepada. Zahin, Atikah Zubir, Anuar, Fazdli yang tukang gunting benda alah tu. Eyah buat kecik je. Sebab fikir diorang senang nak masuk dalam poket. Budak-2 lelaki kelas Eyah jenis malassssss nak bawak box pencil. Lain la kita macam perempuan en. Kalau boleh box pencil tu besau gedabaks macam anak gajah. Pen dalam tu fuh ada memacam. Pink la. Milky pink laa(saya lah tu)

Sebenarnya Eyah nak letak Tag Nama dalam dia. Cuma baru terfikir hm. Nanti kalau tercicir boleh lah pulang dekat owner right. Tapi it's okayy. Tu lain kali haaa. Tak penting pon.


Okeyy sudah siap! 30 total semua sekali. So korang dah tahu cara-cara nak buat traffic light smiley yang guna dalam kelas tu kan? Apa lagi. Jom buat! Ohh template smiley. Checkidap kat bawah tu okay!


SMILE :
http://www.mediafire.com/view/3bwa001bqyqhsnt/SMILE.docx

CONFIUS :
http://www.mediafire.com/view/wtbsx789sdt7774/CONFIUS.docx

SAD :
http://www.mediafire.com/view/ho6197ap24p5vnj/SAD.docx


SMILE :
http://www.4shared.com/file/E8uD_T3fba/SMILE.html

CONFIUS :
http://www.4shared.com/file/IX7hSxcHba/CONFIUS.html

SAD:
http://www.4shared.com/file/5JBzOVgGce/SAD.html
Hari Bosan Sedunia
Friday, January 29, 2016 | 7:58 PM | 0 blehblehbleh
Hi Selamat Pagi Gaissss! (Well sebenarnya tak lah pagi sangat huhu)
So! Mesti awak-awak tertarik dengan tittle tu kan huhuhu.
Actually memang hari bosan sedunia pon. PLUS! Harini dan semalam banyak betul masalah zzz.
You know right? Aku ada hatters keliling pinggang haha. Selalunya pakwe keliling pinggang kan? TAK! ni 'Hatters' okayy jeles ah sikit. Actually aku pon tak tahu lah kenapa dengan 'diorang' tu. Ataupun mungkin.. AKU SYOK SENDIRI? hmm.
Well maybe ni semua cabaran di dunia right. And cabaran juga membuatkan kita lebih matang. Yaa.. Takde cabaran macam mana nak matang? Apa orang english kata 'Learn from mistakes' huhuhu.

Tapi ada kalanya kita sebagai manusia. Rasa macam nak 'give up' dengan perdajalan orang ni kan. Sebab cara perdajal dia lagi teruk nak mampus. Dari situ orang dapat baca kelemahan kita. Well perempuan ni ada kalanya emosi berubah-ubah setiap hari. BOYS SHOULD KNOWS!

Well sememangnya orang tengok perempuan ni jenis ada yang lembut, ada yang ganas, ada yang pendiam nak mampus taknak keluar suara. Sebenarnya ada korang nampak apa masalah diorang? Apa yang korang nampak tu sebenarnya semua itu hanyalah fizikal. Hanya orang yang berdekatan dengan kita. Hanya orang yang betul-betul kenali dan fahami kita sahaja yang nampak selain daripada fizikal kita. Serios aku cakap. Family? Bestfriend? Boyfriend/Girlfriend? Well orang yang paling rapat dengan kita kan? Tapi sebenarnya diorang tak pernah nampak. Ramai orang kata 'bestfriend lebih memahami kita' tapi bestfriend aku tak pon. Diorang tak pernah nampak apa aku rasa. Boyfriend? Lagi lah. Dapat pula tang korang bergaduh dengan dia kan. Dah macam WTH! Morning text pun kita je kene start. Tu pun 'si dia' tak balas. Apa siaa. Ok benda ni memerlukan tahap kesabaran yang level dia 1000+ shitt! Aku rapat dengan family aku. Cuma kalau bab personal punya masalah ni aku jarang share. Sebab nanti aku kene kritik balik. Elok-elok aku nak realease tension, sat kang tension aku makin bertambah dengar diorang punya kritikan. haih sabar je lah. Well manusia cepat sentap en. Nak nak lagi ayat tu deep nak mampus memang hundret persen untuk kito huhu.

Kan aku dah bagitahu aku ada banyak masalah haha. Hmm well takda tempat lain melainkan 'yang satu' dengan kita. Yang sentiasa dengar masalah kita. Tak perlu mengadu dekat orang lain. Mengadu dekat 'dia' ibarat cukup sempurna. 'Dia' menrindui kita. 'Dia' sahaja lah nampak segalanya luar dan dalaman kita. Fizikal kita, Emosi kita, Rohani, Mental. Yess! Surely!

Siapa dia? Of course lah awak-awak tahu siapa kan. Kita buat appointment lima kali sehari kot. Gaiss, satu je nak cakap. Jangan malu, jangan malu nak meratap nak menangis atas sejadah. Seriously GIRLS menangis tu lah adalah penawar dalam diri awak. Serious ni tak tipu. Tak percaya? Cuba lah mengadu sambil menangis atas sejadah. Lepastu kau rasa hati kau lega gila. Takyah la kau mengadu dekat Bestfriend kau ke, Pakwe makwe kau ke. Diorang tu belum seratus peratus nak dengar masalah kau. Ntah ntah kau sebok text pepanjang dalam Whats Apps dia 'Seen' tapi tak baca. HAHAHA Sadisssssss kan. Lepastu dia balas sikit punya pendek 'Ohh'. OK WTH.

Yaa aku jujur, aku pernah buat tapi tak selalu buat. Aku sendiri dalam proses nak memperbetulkan dan mempertingkatkan lagi keimanan dalam diri aku ni. So nobody perfect right. Cuma.. entahla tak tahu nak terangkan macam mana.

Okayy yang pastinya AKU LAPAR dan AKU PERLU MAKAN.
Perut pun dah main lagu potret dah ni. Acecece mentang-mentang la Akim menang AJL 30 en. Ada ada jeee. Okayy lah. Byebye!

Older Post